MY NUFF

Wednesday, June 22, 2016

STEAMBOAT WITH THE "STIMBOK JEMAH" AT AL-FATEH STEAMBOAT & GRILL IN KG JAWA KLANG




Korean emoticon 내꺼 MineIdea asal nak makan steamboat ni sebenarnya datang dari Ana dengan Oka. Dah banyak kali jumpa review dekat Facebook sampailah last week aku share dekat wall. Oka dengan Subi komen ajak pergi. 

Aku on je. Tak kisah mana-mana sebab memang dah niat nak buka puasa ramai-ramai. Aku book kereta sewa. Oka pulak book kat restoran tu. Yang Subi pulak tak menyempat-nyempat. Oka book by Whatsapp, still tak dapat reply. Dia call terus. Haiyaaaa. 

Asal plan nak gerak pukul 6 sebab nak bagi ngam-ngam buka puasa. So semua watak utama lepak kat gazebo around 6pm then owner kereta sewa tu call bagitau kereta lambat sikit. Perghhhh. Lambat tu lama la juga. Kami amek kereta around 6.50pm. Bila nak keluar kereta tu masing-masing confius either nak ikut jalan Meru atau follow Waze je. Last-last ikut waze amek highway jugak.

muka riang imagine nak makan steamboat


Since this is our first time going to Al-Fateh steamboat ni, memang sesatlah. Senang ceritanya, restoran ni around dengan Istana Alam Shah. Cuma kena masuk dalam kawasan perumahan sikit. Waktu masuk azan maghrib, kami still lagi dalam kereta sebab tak jumpa cari restoran tu. Mengagau semua cari makanan sebab aim nak terus pergi berbuka. Sedih! haha. Last korek beg masing-masing, ada Apollo dalam beg Feazah. Tu pun dah hancur. Gigih kongsi ramai-ramai buat bukak puasa. 





Masing-masing tamak tak mau kalah. sudahnya muka aku tak nampak


muka oka tak nampak kali ni
Love ala-ala Woo Hyun punya stail.


Okay. Once dah sampai kat Al-fateh kami makan kejap. Maybe sebab puasa kot, orang ramai sangat. Even masa kami sampai tu, sampai ada staff dorang bukak khemah sampai belakang woohh. Time ni aku macam tak puas hati sikitlah. Sebabnya kami book, tapi dorang tak reserve meja untuk kami. Dah sampai, baru terkial-kial nak carikan meja, Staff dia insist nak bawak kami makan dekat khemah tapi aku refuse gila-gila sebab sebelah toilet ke surau tah. Tak ingat sangat,


Untuk sup, dorang order Tom Yam. Best kot sebab ada rasa lemak-lemak sikit. Rasanya dia taruk santan



Ayam Black Pepper and daging seasoned apa tah. Ni favourite kami. banyak kali pergi repeat amek. Better la kalau nak compare dengan Captain Steamboat.











Nasi goreng dengan mee goreng basah dia pun bestlah. rasa macam mee goreng yang dorang goreng dalam kuali besar dekat pasar malam tu.



Muka bahagia Subi dapat makan siput buluh











Cukuplah untuk aku celebrate madam Jan approve transkrip Oral History kami untuk diprint. dan cukup jugak untuk Subi dan Hani ubati kedukaan mereka sebab tak dapat approval madam lagi! FIGHTING girls!!


Overall, aku rasa Al-Fateh okay, cumanya ventilation/pengudaraan dorang teruk sikit, dorang provide kipas tapi tak cukup kot. Kami tak kena kipas langsung. Dah lah haba grill tu dah panas, bising tambah lagi tak kena kipas, so agak berbahang. Surau dorang pun tak berapa nak selesa sangat based on apa yang subi cakap. Aku assume sebab bulan puasa so semua kalut nak solat maghrib. Husnuzon! Yang lain okay dah kot. makanan dorang provide sedap dah, cumanya persekitaran je maybe akan menyebabkan orang-orang macam aku ni tak selesa. Serious tak tipu, serious panas. Sebab tu untuk steamboat aku lagi prefer tempat yang ada aircond atau pun kipas banyak. berkuap gila. 

Naik kereta je masing-masing bau asap. Berhenti tengah jalan weh sebab syahid muntah. banyak sangat makan.


sampai kampus around 11.14pm. lepak dekat meja batu bawak blok 3d sampai pukul 12 malam. aku sambung lagi 1 jam dengan oka. kekenyangan yang amat. Balik bilik mandi and email transkrip pada faezah terus tido. sampai ke sudah OH tak lepas. Nak simpan laptop pun tak larat. sudahnya tido dengan laptop. bangun lambat tak sempat print hari ni.

Esok nak pegi print.







NEW NUFF

© 2011; The Real Inside of Mysarra | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger