MY NUFF

Saturday, July 13, 2013

They need us, Syria need us

Bismillahirrahmanirahim.

Hari ni tak mau cakap inggeris ka korea ka langsung tak mau. Kalau boleh cakap arab tu mau cakap la ni jugak. Insyaallah berusaha ke arah tu.


Sekarang ni aku nak cakap pasal dorang. okay. aku rasa maybe aku patut start cerita dari awal untuk korang semua tau kenapa tiba-tiba aku cakap macam ni. Kalau tak salah, malam ni kira malam 5 ramadhan kan? bagitau kalau aku salah kira. Besok dah kira 5 hari dah puasa. Tadi aku pegi solat terawih. so, macam biasa pergi dengan tak ada expectation apa-apa. Pergi sekadar pergi. Sebelum start sembahyang Isya', Tok Imam pesan hari ni lepas terawih ada ceramah. Dalam hati aku dah terbayang mesti ceramah pasal puasa ke apa, lebih kurang macam tu lah. Then, sebab syaitan dah kena ikat, aku rasa aku patut salahkan nafsu bila terdetik dalam hati nak blah kalau ceramah tak best. haha. 


Solat terawih 8 rakaat macam biasa.


Bila sepatutnya time berdiri untuk solat witir, aku dengan makcik sebelah macam pelik kenapa semua tak bangun. tengok tirai nampak pak cik-pak cik tengah prepared nak pasang LCD/______ ke apa nama tak tau. tapi benda alah tu lecturer guna pasang slide dalam bilik kuliah. maaf tak tahu nama. :) . Then kami dok cakap lagi sama-sama sendiri( aku dengan mak cik sebelah),


"pasaipa bagi ceramah dulu? orang terus la sembahyang witir dulu kan?"
"yaa yaa. satgi kent*t batal air sembahyang macam mana?"


Kira macam aku dengan mak cik sebelah pening-pening confused gitu. Tiba-tiba tok Imam cakap,


"Kami ada benda lagi besaq dari sembahyang witir nak bagi hampa semua tau"


Lagi la aku confused time tu. Tapi aku nampak ada sorang mamat, macam orang arab syeikh berdiri sebelah tok Imam. Then Tok Imam bagitau, Saudara tu namanya Imad dari Syria. Imad datang tadi nak bagitau apa sebenarnya berlaku di Syria. Seriously, berita yang kita tengok kat Tv/Internet/ paper tu tak 100% betul. Imad ada bagitau, ada sahabat pernah bertanya, kalau dunia ni huru hara mana kita patut pergi? Rasulullah pesan kita patut pergi ke Bumi Syria. Syria yang dulunya kita panggil Syam. Banyak benda Imad bagitau. Sekarang orang syria jadi pelarian ke Turki, Jordan dan mesir. Subhanallah, tak dak setitik pun air mata Imad jatuh. Tenang je dia cakap. Suara lantang, sampai datang suatu perasaan dalam hati ni. Kalau korang dengar and tengok sendiri Imad tu macam mana, aku yakin mesti kita semua paham macam mana semangat jihad orang-orang arab. Imad ada tunjuk video yang dia dan kawan-kawan dia rampas dari puak Syiah. Dia rampas lepas dia tawanlah. Tapi masa tayangan video tu aku tak tengok, sebab tak sanggup. Dengar suara je. Imad bagitau lagi, 5 juta rumah runtuh sebab kena bom( ada yang memang runtuh semua, ada yang runtuh sikit). Jumlah orang syria yang Syahid adalah 180,000 orang, yang kena tahan dalam penjara 200,000  & hilang 100,000. Tapi tu bukan angka sebenar. Angka yang disebut tu, kalau nak ikutkan orang yang berdaftar. Imad kata jumlah sebenar berganda-ganda lagi. Bumi Syria ni penting bagi orang islam.


Let me tell, benda ni buat aku tergamam sangat. Masha Allah. tak tau lah macam mana nak cakap. Pihak Ulama Syria keluarkan 2 fatwa baru.

  1. Diharuskan dan dibolehkan sembelih dan makan kucing
  2. Mak ayah boleh bunuh anak perempuan.


Okay. aku explain pasal first reason dulu. Kita semua tau, kucing adalah salah sa
tu haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Pernah satu ketika, seekor kucing tidur atas serban baginda. Tak payah kata halau, Rasulullah tak sentap pun kain serban baginda. kalau kita la kan, dah lama kita halau kucing tu. Tapi Rasulullah gunting serban dia sebab risau kucing tu terjaga. Subhanallah. Tapi Ulama syria keluarkan fatwa dibolehkan makan kucing. Kenapa jadi macam tu? Sebab langsung tadak makanan kat sana. pokok dan tanaman semua habis kena bom. Sampai macam tu sekali. aku tadi bukak puasa makan nasi minyak, terus rasa bersalah gila. Dalam hati dok kata macam-macam, pasal aku boleh makan sedap kat sini. Depa nak minum air bersih pun tak mampu.


Second reason, kena bunuh anak perempuan bukan sebab nak tolak bala macam orang zaman jahiliah dulu buat. Tapi sebab nak protect anak perempuan. takut puak-puak syiah datang perkosa anak perempuan mereka depan mata mak ayah sendiri. Nauzubillahiminzalik. Masa ni aku pandang diri sendiri. Macam mana kalau jadi pada diri aku sendiri? tu je aku fikir. Kata Imad lagi, setiap saat, anak perempuan diperkosa di tepi-tepi jalan depan mata mak ayah sendiri. Actually, keadaan di Syria sekarang sangat teruk. Tapi kita kat sini masih mampu tersenyum, masih lagi ada selera makan sebab kita tak nampak apa yang jadi dekat sana.
Imad pun ada bagitau tadi, dorang stay dekat khemah-khemah pelarian. Tapi keadaan khemah tu, bukan kata manusia, haiwan pun tak layak tinggal. Dari segi pemahaman aku, kalau dah begitu katanya, maksudnya keadaan tu lagi teruk dari reban. Macam mana dorang berehat? Macam mana dorang beribadah? Ya Allah. Sampai ke saat ni, aku tak berani nak imagine macam mana keadaan tu. sebab apa yang puak syiah buat ni memang diluar batas kemanusiaan dan kita memang tak boleh nak imagine. Sekarang ni, memang orang Syria yang Allah pilih untuk diuji. Tapi kita pun terlibat sama. Aku tadak apa untuk dibawa berjihad. Macam mana kalau nanti Allah persoalkan kenapa kita pejamkan mata melihat saudara seislam diperlakukan teruk macam tu?


Masjid semua habis kena bom. Paling latest, Makam sahabat nabi, makam Khalid Al-Waled kena bom. aku rasa macam loser . menyesal sangat.  2 hari lepas aku tengok ada facebook seorang kenalan tunjuk gambar makam Khalid Al-Waled kena bom. tapi masa tu aku tengok sekadar tengok. Tapi malam ni, lepas Imad bagitau pasal makam tu kena bom, aku rasa bersalah. bersalah sebab buat tak tau. Imad datang sini, sebab nak mintak tolong kita. Dorang actually, lagi kuat dari kita. Lagi tabah dari kita. sebab tu Allah pilih dorang utnuk di uji, bukan kita. Allah tak kan uji hambanya melebihi kemampuan. Dorang cuma nak mintak bantuan kewangan untuk makanan, tempat tinggal dan senjata. Pihak ulama Syria kata dorang masih cukup pemuda Islam untuk berjihad. Mereka cuma tadak duit je. 




ni makam Khalid Al-Waled yang kena bom
ㅠ.ㅠ


Tapi nak cakap macam-macam pun macam tak kena. aku pun student. so aku paham kita memang kadang-kadang short duit. belanja pun ngam-ngan pakai duit ptptn and biasiswa. tu pun jimat lagi sebab tak nak susahkan mak bapak. Aku bukan nak berlagak alim ke apa ke. Cuma malam ni aku rasa terpanggil nak cerita apa yang orang Syria, saudara seislam kita datang minta tolong dari kita. Tak mampu duit, pun takpe. Tapi malam ni, aku merayu pada semua, kalau boleh, selitkan doa untuk dorang kat sana. paling kurang pun doakan dorang tabah lepas solat. 5 saat pun jadi lah. at least bila Allah tanya nanti kita ada point untuk bagitau. tu jelah yang kita boleh buat, nak ikut berjihad memang tak mampu.



"sepatutnya kami bawak Imad dari rumah ke rumah untuk mintak bantuan dari hampa semua"



masa tok imam cakap macam tu aku sedih, kenapa perlu Imad buat macam tu.Dorang bukan pengemis yang kena berjalan dari rumah ke rumah sebab nak mintak sedekah. kita semua yang sepatutnya bagi bantuan tanpa perlu dia minta. hari ni hari dia susah, nasib kita esok lusa belum tau. Dorang tanggungjawab kita.
 sekali lagi, jom lah kita doakan dorang. Doakan semua saudara muslim kita yang ditindas di seluruh dunia. jom lah. tak sampai 5 minit pun. sepanjang Imad bercerita tadi, banyak video dia tunjuk, tapi aku just pandang muka dia je. tak sanggup nak tengok. Adik bongsu aku, baru umur 6 tahun bagitau dia takut masa tengok video. tu baru tengok video, budak-budak kat sana? macam mana trauma dia kita pun tak tau. tadi pergi tarawih, aku tak tau kami semua akan ada tetamu yang sangat istimewa. tadak gambar Imad nak tunjuk. apa yang boleh aku gambarkan, air muka Imad sangat tenang.


lupa tadi nak bagitau, tadi ada balance witir 3 rakaat kan? Imad imamkan kami semua untuk witir. Alhamdulillah


p/s : last ni aku cakap. tolong doakan dorang. Tolong! TOLONG doakan dorang. 


5 ramadhan 1434
nur ain maisarah

Sunday, July 07, 2013

ஐRindu Dendam Kasih Cintaஐ

Haipppp, tajuk kasi mau pelempang sedas.Opps. 




The wow of mine.


보고 싶었어엉엉엉.


p/s : Entry Gedik. so that in future boleh gelak sama-sama

NEW NUFF

© 2011; The Real Inside of Mysarra | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger