MY NUFF

Thursday, August 29, 2013

ஐDrama Review: Good Doctorஐ


Bismillahirrahmanirahim. First time buat review drama bagai dekat blog ni. Kisahnya macam ni. Semua ni start dengan Joo won, tu pun kes sangkut time tengok Ojakyo Brothers(오작교 형제들). Then aku pegi like page Joo Won International fancafe. Kira tak dak keja habih dah ni.


Good Doctor-p1.jpg

  • Drama: Good Doctor
  • Revised romanization: Goot Dakteo
  • Hangul: 굿 닥터
  • Episodes: 20
  • Release Date: August 5, 2013 --
  • Runtime: Mon & Tue 21:55


As for me, cerita ni unik. Cerita tentang macam mana seorang lelaki yang ada savant syndrome developmental disability boleh jadi doctor. I mean, seriously?? Siap boleh jadi paediatric surgeon lagi. Setiap kali ada case, tudiaaa bagitau condition patient macam baca buku medic. Tabik Joo Won kali nih. Tapi tak hensem sebab dia ada penyakit syndrome. Memang beza 360 darjah daripada Ojakyo Brothers. Dalam cerita ni, mentaliti Park si On( Joo Won) sama macam budak umur 10 tahun. Walaupun dia dah mampu hafal 100% human body system masa umur 8 tahun.


Overall, aku bagi 9 bintang over 10 as the drama's rate. Sebab this is the first time I ever watched this kind of drama and it was beyond my expectation! Of course, medic drama dah selalu tengok, tapi tengok drama doctor tu yang sakit syndrome first time. Then, banyak theme, banyak elemen famili, love, teamwork and etc.. moh tengok beramai-ramai. hehe.


Setakat ni baru keluar sampai episod 8 ja. Semua dah selamat di download! Terima kasih IDM walaupun hang banyak bagi aku tension. Sinopsis panjang lagi, tapi buat apa nak cerita banyak-banyak kan? Link aku paste kat bawah, boleh pegi download ramai-ramai..



Cast

Good Doctor-Joo Won.jpgGood Doctor-Moon Chae-Won.jpgGood Doctor-Joo Sang-Wook.jpgGood Doctor-Kim Min-Seo.jpg
Joo WonMoon Chae-WonJoo Sang-WookKim Min-Seo
Park Shi-OnCha Yoon-SeoKim Do-HanYoo Chae-Kyung
Good Doctor-Cheon Ho-Jin.jpgGood Doctor-Kwak Do-Won.jpgGood Doctor-Kim Young-Kwang.jpgGood Doctor-Yoon Park.jpgGood Doctor-Yoon Bong-Kil.jpg
Cheon Ho-JinKwak Do-WonKim Young-KwangYoon ParkYoon Bong-Kil
Choi Woo-SeokKang Hyun-TaeHan Jin-WookWoo Il-KyuHong Gil-Nam
Good Doctor-Wang Ji-Won.jpgGood Doctor-Ko Chang-Seok.jpgGood Doctor-Jin Kyung.jpgGood Doctor-Na Young-Hee.jpgGood Doctor-Jo Hee-Bong.jpg
Wang Ji-WonKo Chang-SeokJin KyungNa Young-HeeJo Hee-Bong
Kim Sun-JooJo Jung-MiNam Joo-YeonLee Yeo-WonKo Choong-Man
Good Doctor-Lee Ki-Yeol.jpgGood Doctor-Jeong Man-Sik.jpgGood Doctor-Lee A-Rin.jpgGood Doctor-Ha Kyu-Won.jpgGood Doctor-Kim Hyun-Soo.jpg
Lee Ki-YeolJeong Man-SikLee A-RinHa Kyu-WonKim Hyun-Soo
Lee Hyeok-PilKim Jae-JoonKa-KyungHye-JinNa In-Hae
Good Doctor-Eom Hyeon-Kyeong.jpgGood Doctor-An Sung-Hoon.jpgGood Doctor-Yoo Je-Gun.jpgLee Jang-KyungGood Doctor-Oh Eun-Chan.jpg
Eom Hyeon-KyeongAn Sung-HoonYoo Je-GunLee Jang-KyungOh Eun-Chan
Na In-YoungLee Woo-RamPark Ho-SukKim Ye-EunCha Dong-Jin
Good Doctor-Jung Ho-Keun.jpgGood Doctor-Yun Yu-Seon.jpgSeo Hyun-Chul
Jung Ho-KeunYun Yu-SeonSeo Hyun-Chul
Park Choon-SungOh Kyung-JooByeong-Soo


Kim Young-Kwang-p2.jpg

Melting DUSHH penampanq sedas.

Aku suka watak Dr. Han dalam cerita ni sebab dia nampak macam Lee Kwang Soo versi handsome
ㅠㅠ

Link The Good Doctor 


p/s: Aku ni asyik dok tulis draft hat pasai pi PEnang last week. tapi dok publish drama ni dulu. Suka Joo Won punya pasi.






Thursday, August 15, 2013

teaser raya 1434H

                                                     cubaan pertama. pasaipa jadi lagu nih pun tak paham. oitt budak budak, ni kak ain kasi teaser gambaq adeeb ja dulu nohhhh. malam ni lepas kakak send  gambaq boleh nak update lain.. kata   마지막 kan??   kira halal je.. chiowww. meluat taip pakai handphone. setting abih jadi pelik.. 

Thursday, August 08, 2013

ஐEid Mubarakஐ



Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin Sume sume yang kenal dengan cik puan belog.


Tapi this year macam pelik and blur sikit, sebab lepas waktu buka puasa tu ( Time sepatutnya mufti umum tarikh raya) , PM keluaq, bukan mufti. so, macam oh mai oh mai esok raya ka dak?? serious konpius. Lepas mesej Aina baru habaq kata confirm. -__-"

Seorang kawan, tahun ni ikut suami beraya di Aukland, baru hari sambut raya. Aukland sambut raya lewat sehari dari Malaysia. Kita kat sini menjejak raya kedua dah :) Tahun ni cik puan blog di Kota bharu and tadak apa yang syioook sangat di sini. Since I'm the eldest, cucu sulung. So, bawah semua adik-adik. 우리 가적의 막내(Adeeb) pun baru 2++ year la kot. Kalau di Kuala Selangor baru syiook, jumpa sepupu sepapat sedara mara kat sana, ramai yang lagi tua. Then, Tok wan dengan mak-mak sedara pun best macam anak muda. Setiap tahun raya, kalau balik Kuala Selangor, makanan yang aku cari dulu ada 2 je, lemang dengan rendang kerang. Kalau dulu arwah atok belikan untuk aku sorang lemang sampai 2 batang, sanggup arwah cari sampai ke Sabak*mata bergenang* Tahun ni dengar cerita Pak Usu baru yang belikan lemang. 


Raya pertama di Kb biasa je. Kat rumah ada nasi beriani, pegi rumah Tok Mek ada ketupat and pergi rumah cekti ada nasi impit and roti jala. well, semua best, standard hari raya tapi still x dapat lawan lemang dengan rendang kerang. Sampai ke saat ni tak dapat lagi merasa lemang and rendang kerang dekat Bumi Kelantan ni.ㅠ.ㅠ Pathetic gila sebab lemang. HAHA harus gelak paksa, its raya.


I didn't know what exactly raya means, maybe family gathering? or perhaps food festival? Ada sesetengah orang tak paham maksud raya tu sendiri :)


I got my own way to celebrate raya :)


p/s : Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin kepada muslimin muslimat. Maaf kalau ada tersilap terkasar bahasa. Sekali pun happy raya, jangan pernah lupakan saudara-saudara kita di Syria, Palestin and semua yang ditindas. kita syok makan sedap kat sini, depa makan apa pun tatau.

Monday, August 05, 2013

ஐ난 이제는 당신들 보낼 수 있어요ஐ


난 혼자서니까, 내 자신이 미워해.

You know, sometimes we need to let some persons in our lives leave, either in bad way or good way. Maybe Allah let 'em leaves so that they will never bring harm to our live, wasn't it? I've been thinking over this matter for a few days. Kalau nak diikutkan pengalaman sebelum ni la. By the way, benda tak dak kaitan dengan Encik B pun. Tetiba kan, ye la. musim raya pun sekarang ni. Rasa nak spilled over thoughts yang selama ni asyik fikir sendiri.

Pelik double triple. They always sometime did thing opposite to the normal one. Contohnya, kalau normal person buat A, dia buat B. So, bila nak deal asyik kena fikir opposite sampai gila stress. Sebabnya kita tak mampu nak fikir ke tahap tu. -__-". then, asyik point mistake pada kita suruh kita reflect/muhasabah diri. Serious tension, better deal dengan kiddos. So that, bila kita slow talk, fulfilled the promises, kira dah settle. Kalau layan kita macam budak-budak, kalau layan macam tak kena dengan umur sekarang. 


Hello people, Please lah. Please behave as an adult.


I definitely rasa pelik whenever I've been never get the opportunity to give my stand and explained on my behalf. What the ayam sungguh.. I am policy students though, 근데 이게 뭐야?? I left the place for a while to calm myself. The funny facts was the trial and final decisions  has been done when i returned !! Well, kalau berbalik kepada proceeding court, the trial result was definitely invalid. So, bila stay performed pun tak guna. Sebab memang unfair, even thaough defendant memang bersalah. Dahlah tak bagi peluang explain, pastu dengar pulak rumors yang ntahapeape yang kasi darah aku ni menyirap je.

Aku sungguh tak paham how they can live together. If I had to stay with 'em ( in certain unavoidable circumstances), I rather used my headphone/earphone 24hours. Sebabnya, serious sakit hati bila dengar the way they talk. Apa yang dorang cakap tak payah cakap lah, the way the talk by themselves tu dah cukup menunjukkan how rude they were! Bila kita deal with the elders, of course lah memang rude bila earphone berdentum di telinga, but lets think for a second! Kalau ada option lain cerita, aku ni memang pantang kalau dengar orang mencarut bagai. So, bila dengar orang mencarut mula la aku ni dok potpetpotpet dalam hati bagai. ni kalau boleh sabaq, kalau tak sabar dengan aku sekali jadi biadap. So, kat situ dah jadi sinner. Dua-dua gives bad impression, tapi its better to be rude instead sinner.

Abih cerita pasal defendant, laa ni cakap pasal orang yang jadi manusia yang bertanggungjawab bagi info sesat! Hang tau dak fitnah tu dosanya lagi teruk lagi membunuh?? HAISSSSHHH. Seronok sangatlah dok cucuk judge. Judge  pulak takdan menuntut habih pasai tok guru mati mengejut. itu pasai keputusan habih huru hara menyusahkan hidup orang lain. Orang tengah jatuh terduduk ditimpa masalah, bukan nak menolong. Tolak orang sampai tersungkur terus lagi ada. Memang ada sungguh manusia macam ni dalam dunia. As for myself,I tried my best to ask any helps from 'em ( kalau tak desperate)

Memang lama dah dok fikir benda ni, so sekarang I need to let 'em leave my life slowly. Step by step. It might be hard at first, but I believe by the time passing everything is gonna be okay! Cheer up Ain! Ada hikmah disebalik semua ni. Just put all trust in Allah, go with the flow

p/s : Lets seek for Al-Qadr.

Saturday, July 13, 2013

They need us, Syria need us

Bismillahirrahmanirahim.

Hari ni tak mau cakap inggeris ka korea ka langsung tak mau. Kalau boleh cakap arab tu mau cakap la ni jugak. Insyaallah berusaha ke arah tu.


Sekarang ni aku nak cakap pasal dorang. okay. aku rasa maybe aku patut start cerita dari awal untuk korang semua tau kenapa tiba-tiba aku cakap macam ni. Kalau tak salah, malam ni kira malam 5 ramadhan kan? bagitau kalau aku salah kira. Besok dah kira 5 hari dah puasa. Tadi aku pegi solat terawih. so, macam biasa pergi dengan tak ada expectation apa-apa. Pergi sekadar pergi. Sebelum start sembahyang Isya', Tok Imam pesan hari ni lepas terawih ada ceramah. Dalam hati aku dah terbayang mesti ceramah pasal puasa ke apa, lebih kurang macam tu lah. Then, sebab syaitan dah kena ikat, aku rasa aku patut salahkan nafsu bila terdetik dalam hati nak blah kalau ceramah tak best. haha. 


Solat terawih 8 rakaat macam biasa.


Bila sepatutnya time berdiri untuk solat witir, aku dengan makcik sebelah macam pelik kenapa semua tak bangun. tengok tirai nampak pak cik-pak cik tengah prepared nak pasang LCD/______ ke apa nama tak tau. tapi benda alah tu lecturer guna pasang slide dalam bilik kuliah. maaf tak tahu nama. :) . Then kami dok cakap lagi sama-sama sendiri( aku dengan mak cik sebelah),


"pasaipa bagi ceramah dulu? orang terus la sembahyang witir dulu kan?"
"yaa yaa. satgi kent*t batal air sembahyang macam mana?"


Kira macam aku dengan mak cik sebelah pening-pening confused gitu. Tiba-tiba tok Imam cakap,


"Kami ada benda lagi besaq dari sembahyang witir nak bagi hampa semua tau"


Lagi la aku confused time tu. Tapi aku nampak ada sorang mamat, macam orang arab syeikh berdiri sebelah tok Imam. Then Tok Imam bagitau, Saudara tu namanya Imad dari Syria. Imad datang tadi nak bagitau apa sebenarnya berlaku di Syria. Seriously, berita yang kita tengok kat Tv/Internet/ paper tu tak 100% betul. Imad ada bagitau, ada sahabat pernah bertanya, kalau dunia ni huru hara mana kita patut pergi? Rasulullah pesan kita patut pergi ke Bumi Syria. Syria yang dulunya kita panggil Syam. Banyak benda Imad bagitau. Sekarang orang syria jadi pelarian ke Turki, Jordan dan mesir. Subhanallah, tak dak setitik pun air mata Imad jatuh. Tenang je dia cakap. Suara lantang, sampai datang suatu perasaan dalam hati ni. Kalau korang dengar and tengok sendiri Imad tu macam mana, aku yakin mesti kita semua paham macam mana semangat jihad orang-orang arab. Imad ada tunjuk video yang dia dan kawan-kawan dia rampas dari puak Syiah. Dia rampas lepas dia tawanlah. Tapi masa tayangan video tu aku tak tengok, sebab tak sanggup. Dengar suara je. Imad bagitau lagi, 5 juta rumah runtuh sebab kena bom( ada yang memang runtuh semua, ada yang runtuh sikit). Jumlah orang syria yang Syahid adalah 180,000 orang, yang kena tahan dalam penjara 200,000  & hilang 100,000. Tapi tu bukan angka sebenar. Angka yang disebut tu, kalau nak ikutkan orang yang berdaftar. Imad kata jumlah sebenar berganda-ganda lagi. Bumi Syria ni penting bagi orang islam.


Let me tell, benda ni buat aku tergamam sangat. Masha Allah. tak tau lah macam mana nak cakap. Pihak Ulama Syria keluarkan 2 fatwa baru.

  1. Diharuskan dan dibolehkan sembelih dan makan kucing
  2. Mak ayah boleh bunuh anak perempuan.


Okay. aku explain pasal first reason dulu. Kita semua tau, kucing adalah salah sa
tu haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Pernah satu ketika, seekor kucing tidur atas serban baginda. Tak payah kata halau, Rasulullah tak sentap pun kain serban baginda. kalau kita la kan, dah lama kita halau kucing tu. Tapi Rasulullah gunting serban dia sebab risau kucing tu terjaga. Subhanallah. Tapi Ulama syria keluarkan fatwa dibolehkan makan kucing. Kenapa jadi macam tu? Sebab langsung tadak makanan kat sana. pokok dan tanaman semua habis kena bom. Sampai macam tu sekali. aku tadi bukak puasa makan nasi minyak, terus rasa bersalah gila. Dalam hati dok kata macam-macam, pasal aku boleh makan sedap kat sini. Depa nak minum air bersih pun tak mampu.


Second reason, kena bunuh anak perempuan bukan sebab nak tolak bala macam orang zaman jahiliah dulu buat. Tapi sebab nak protect anak perempuan. takut puak-puak syiah datang perkosa anak perempuan mereka depan mata mak ayah sendiri. Nauzubillahiminzalik. Masa ni aku pandang diri sendiri. Macam mana kalau jadi pada diri aku sendiri? tu je aku fikir. Kata Imad lagi, setiap saat, anak perempuan diperkosa di tepi-tepi jalan depan mata mak ayah sendiri. Actually, keadaan di Syria sekarang sangat teruk. Tapi kita kat sini masih mampu tersenyum, masih lagi ada selera makan sebab kita tak nampak apa yang jadi dekat sana.
Imad pun ada bagitau tadi, dorang stay dekat khemah-khemah pelarian. Tapi keadaan khemah tu, bukan kata manusia, haiwan pun tak layak tinggal. Dari segi pemahaman aku, kalau dah begitu katanya, maksudnya keadaan tu lagi teruk dari reban. Macam mana dorang berehat? Macam mana dorang beribadah? Ya Allah. Sampai ke saat ni, aku tak berani nak imagine macam mana keadaan tu. sebab apa yang puak syiah buat ni memang diluar batas kemanusiaan dan kita memang tak boleh nak imagine. Sekarang ni, memang orang Syria yang Allah pilih untuk diuji. Tapi kita pun terlibat sama. Aku tadak apa untuk dibawa berjihad. Macam mana kalau nanti Allah persoalkan kenapa kita pejamkan mata melihat saudara seislam diperlakukan teruk macam tu?


Masjid semua habis kena bom. Paling latest, Makam sahabat nabi, makam Khalid Al-Waled kena bom. aku rasa macam loser . menyesal sangat.  2 hari lepas aku tengok ada facebook seorang kenalan tunjuk gambar makam Khalid Al-Waled kena bom. tapi masa tu aku tengok sekadar tengok. Tapi malam ni, lepas Imad bagitau pasal makam tu kena bom, aku rasa bersalah. bersalah sebab buat tak tau. Imad datang sini, sebab nak mintak tolong kita. Dorang actually, lagi kuat dari kita. Lagi tabah dari kita. sebab tu Allah pilih dorang utnuk di uji, bukan kita. Allah tak kan uji hambanya melebihi kemampuan. Dorang cuma nak mintak bantuan kewangan untuk makanan, tempat tinggal dan senjata. Pihak ulama Syria kata dorang masih cukup pemuda Islam untuk berjihad. Mereka cuma tadak duit je. 




ni makam Khalid Al-Waled yang kena bom
ㅠ.ㅠ


Tapi nak cakap macam-macam pun macam tak kena. aku pun student. so aku paham kita memang kadang-kadang short duit. belanja pun ngam-ngan pakai duit ptptn and biasiswa. tu pun jimat lagi sebab tak nak susahkan mak bapak. Aku bukan nak berlagak alim ke apa ke. Cuma malam ni aku rasa terpanggil nak cerita apa yang orang Syria, saudara seislam kita datang minta tolong dari kita. Tak mampu duit, pun takpe. Tapi malam ni, aku merayu pada semua, kalau boleh, selitkan doa untuk dorang kat sana. paling kurang pun doakan dorang tabah lepas solat. 5 saat pun jadi lah. at least bila Allah tanya nanti kita ada point untuk bagitau. tu jelah yang kita boleh buat, nak ikut berjihad memang tak mampu.



"sepatutnya kami bawak Imad dari rumah ke rumah untuk mintak bantuan dari hampa semua"



masa tok imam cakap macam tu aku sedih, kenapa perlu Imad buat macam tu.Dorang bukan pengemis yang kena berjalan dari rumah ke rumah sebab nak mintak sedekah. kita semua yang sepatutnya bagi bantuan tanpa perlu dia minta. hari ni hari dia susah, nasib kita esok lusa belum tau. Dorang tanggungjawab kita.
 sekali lagi, jom lah kita doakan dorang. Doakan semua saudara muslim kita yang ditindas di seluruh dunia. jom lah. tak sampai 5 minit pun. sepanjang Imad bercerita tadi, banyak video dia tunjuk, tapi aku just pandang muka dia je. tak sanggup nak tengok. Adik bongsu aku, baru umur 6 tahun bagitau dia takut masa tengok video. tu baru tengok video, budak-budak kat sana? macam mana trauma dia kita pun tak tau. tadi pergi tarawih, aku tak tau kami semua akan ada tetamu yang sangat istimewa. tadak gambar Imad nak tunjuk. apa yang boleh aku gambarkan, air muka Imad sangat tenang.


lupa tadi nak bagitau, tadi ada balance witir 3 rakaat kan? Imad imamkan kami semua untuk witir. Alhamdulillah


p/s : last ni aku cakap. tolong doakan dorang. Tolong! TOLONG doakan dorang. 


5 ramadhan 1434
nur ain maisarah

Sunday, July 07, 2013

ஐRindu Dendam Kasih Cintaஐ

Haipppp, tajuk kasi mau pelempang sedas.Opps. 




The wow of mine.


보고 싶었어엉엉엉.


p/s : Entry Gedik. so that in future boleh gelak sama-sama

Monday, June 24, 2013

ஐBe Strong and Takziahஐ

Half of my soul was fighting for this life at the opposite the world! How can I be calm and just crossed the arms together pretending like there is nothing happened. No, I cant. He was in big trouble now, together with his brothers. Thank Allah, they have each other. these people, memanglah buat kepala aku ni ting tong. Dia pun pandai je, diamkan saja. Bukan kata ada problem nak kasi share ke apa, okay fine. guys stuffs, he said -__-"  so, mentang-mentang lah guys stuffs, then nada cakap called semalam berlagak nak man-man talk jeh. cehss, padahal kepala memang nak meletop fikir. But then, seriously kalau tak check twitter memang tak tahu apa jadi dekat dunia sana.

Decision dia nak keep that problem pun aku respect. As always Darl, you have all my support. I tak nak jadi  orang yang stick dekat you masa senang je. Kita face sama-sama, combine dengan your brothers. Together we can make it, tediiaaaa ayat mau penampang sedas. :P Enough for that problem.

Alhamdulillah, semalam mampu pergi masjid untuk baca yaasin sambut nisfu Syaa'ban and hari ni pun puasa. Tahun lepas tak sedar pun nisfu,tau-tau pun bila Tok Mek called tengahari tanya puasa ke tak. SIGH. rugi satu tahun. Lagi 2 minggu je lagi pun nak puasa, sebab tu dok harap ibadah tahun ni lagi humble and istiqamah dari tahun lepas. Insyaallah. Tiba-tiba jumpa balik video lama waktu kemas folder hardisk, "Rasulullah SAW menangis Di Padang Mahsyar". Allahuakbar. Sedih rasanya bila bayangkan waktu dan keadaan tu. In fact, kalau diri kita sendiri, tak payah cakap umat, family pun tak tau ke mana dah masa tu. Sesungguhnya Allah itu amat mengetahui.

Then lagi, semalam bukak facebook tengok cerita pasal student Malaysia meninggal di dunia di Jordan. seorang meninggal and aku start search pasal arwah sumayyah. Ada terbaca blog seorang kenalan arwah, arwah mengucap khalimah syahadah di akhir hayatnya tanpa bantuan sesiapa. She must have special relationship with Him(her Creators), sehingga Allah memelihara dia. Al-fatihah untuk arwah Sumayyah dan takziah.

Last night, before sleep I made my own self reflection. Renung balik semua permasalahan yang menimpa diri ini, especially dugaan Islam dengan Darl, I think I've made myself clear. It's nothing compared to Rasulullah and sahabat. Since aku pun manusia biasa, tipulah kalau cakap langsung takde masalah. Tapi kalau pretend to be konkrit and natural itu normal. I hate to show the weakness point of mine. Mak Uda and few friends start to questioned me about Darl's religion. Obviously, I didn't have answer for it. Pray and istiqamah. I believe it will be the way out of Darl's issue, Insyaallah.

p/s: Darl. Be Strong. Be Strong and Be Strong. 연락해.. Cemburu akan  nikmat yang diperolehi arwah Sumayyah. Ke arah itu, Insyaallah.



Tuesday, May 28, 2013

ஐSilent is Betterஐ









first fevret quote



2nd fevret quote




talk as you please. Yeah, cause talk is CHEAP. I even been through more painful and hardest things in my life. my thought always here, with me. I do believe HE will never leave me alone as I still lower down my head in sejadah. The quote said, bad talking is just like dog's barking. I rather keep silent instead of make myself ashamed. Insyaallah, I left the things to Him. Let He repay on my behalf as He know the best for me.






Thursday, May 16, 2013

ஐHomemade Pizza and Silly lily in the blogஐ



"If you try to fix all the stupid people you come across on the internet, you will probably end up becoming one."
-Matluthi-


enough for haters and stalker
black cat wink


tadi, schoolmate,Atira and Alini tanya macam mana nak buat piza


First Step :kena cari dough pizza dulu. biasanya akan take time kalo kita buat sendiri dough, tapi bila buat sendiri lagi bestlah. I tengok resepi buat pizza dalam cerita U-kiss Chef Kiss. simple je. bahan-bahan pun ikut suka hati.I guna doh instant sebab itu je yang mum beli  & murah je. selalu ada jual dekat kedai bakery. If I'm not mistaken, for medium size it cost RM4 and RM7 for the large one.

Second Step: On the dough, the sauce is splattered . kalo ikut resepi lah. tapi aku guna sos spageti Prego Original and Carbonara(tak sure ejaan) . sapu bagi rata, tapi biarkan ada space lagi sebelum sampai habis or leave the edge. agak-agak dalam 5mm sebelum dough tu keluar. jangan sapu sauce. sebab nak kasi ada crunchy taste sikit

third step: spread the cheese(I guna mozarella cheese). tabur je, ikut suka hati. Lagi banyak lagi best,dah tabur cheese, tabur la apa-apa yang kita suka. for this my mum and I put sausages,cherry tomato, veggies, instant crab, mushrooms and mixed beef. beef tu goreng dulu dengan garlic. untuk info, cheese yang kita tabur kat first layer tu fuction dia macam gam. kita nak sausages, crab and beef tu tak hancur bila kita potong nanti and to make sure all the ingredients stick nicely. dah tabur cheese lagi untuk topping. masa first time buat, I letak sikit je cheese, so macam tak best. Second time letak banyak and  my brother Aiman pulak cakap best fairy giggle


Last step :  bakar la. 



p/s : haters baca belog private NAMMZ. baca often lagi, tolong saya increaseka belog rate. nanti bnyak sikit side income nuffnang bagi. terima kasih!

NEW NUFF

© 2011; The Real Inside of Mysarra | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger